Sunday, December 14, 2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

PENGHALANG TIMBULNYA KEBAHAGIAAN

[1]Masalah atau keretakan rumah tangga yang berlaku dalam masyarakat sebenarnya bukanlah berlaku secara kebetulan.Ia sebenarnya disebabkan banyak faktor yang bertindak sebagai enzyme merosakkan ikatan tersebut.Benarlah kata pepatah melayu yang mengatakan retak menunggu belah.Mengikut kajian yang dibuat oleh Mohd Fadzillah Kamsah, keretakan atau konflik rumah tangga selalunya disebabkan faktor2 ini, atau lebih tepatnya utk dikatakan ia disebabkan beberapa faktor dalaman dan tekanan luaran yang mengakibatkan seseorang itu tewas lalu direflekskan dengan perkembangan yang tidak sihat itu. Sebabnya adalah :Hati Tidak Fokus.Hidup di zaman yang penuh dengan tribulasi ini menyebabkan ramai manusia sukar untuk memberikan tumpuan atau fokus untuk merancang hidup dengan lebih serius bersama dengan pasangannya.Terlalu banyak Cinta Pada Satu MasaFokus kepada fakta ini ialah , seseorang itu mempunyai secret admire yg lebih dikagumi dari pasangan yang halal buatnya itu.Dalam Islam walaupun poligami suatu yang diharuskan , tetapi ramai yang tak mampu menumpukan kasih sayang kepada seseorang isteri hingga menyebabkan penganiayaan berlaku kepadanya . Demikian juga sebaliknya isteri yang kadang kala kagum kepada lelaki lain selain suaminya , atas ukuran material , pangkat dan sebagainya .Banyak Meminta Tapi Kurang MemberiNormalnya, manusia lebih cenderung untuk meminta tetapi kurang untuk memberi. Kerap meminta kepada Allah adalah satu kebaikan yang dipuji tetapi apabila kerap juga meminta kepada manusia adalah satu sifat yang kurang mulia. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud dlm hadis sahih riwayat Muslim : “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah”. Mudah-mudahan amalan membantu orang lain akan membukakan pintu rezki kita dan salah satu daripadanya ialah pintu kasih sayang suami isteriKenangan Masa silamFobia sering terjadi apabila pengalaman lalu yang sering menghantui jiwa. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu menilai kegagalan orang lain terutamanya yang mempunyai hubungan yang rapat dengannya seperti ibu ayah menyebabkannya terikut dengan sikap buruk individu tersebut.Sebagai contohnya tidak mahu memberikan pertolongan kepada isteri ataupun bagi isteri pula perbuatan tidak mentaati suami.Masalah KewanganPengurusan kewangan yang baik juga kunci kepada perasaan cinta & bahagia. Sikap boros dan tak menjaga kewangan kerap me natijahkan keretakan rumahtangga .Menurut kajian , peningkatan kes perceraian meningkat mendadak pada musim inflasi .Hidup Yang Tidak SeimbangDewasa ini, ramai manusia yang menjalani kehidupannya yang tidak seimbang. Sebagai contoh, seseorang itu lebih gemar untuk mengejar kejayaan kariernya dan mencari kesenangan sehingga lupa untuk memberi penumpuan kepada pasangan dan rumah tangga. Mungkin juga ia sudah menjadi satu tabiat atau trend hidup masa kini untuk hidup berorientasikan kekayaan dan materialdaripada kongkongan tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri, ayah atau ibu.Konsisten Dengan Sifat NegatifKekurangan adalah satu kemestian dalam diri manusia. Walaupun begitu, ia boleh dielakkan dengan bijak dan berhikmah. Sebagai contohnya tabiat melepak hingga ke waktu jauh malam semasa zaman bujang.Sikap ini masih diteruskan dengan teman-teman walaupun sudah berumahtangga.Sepatutnya seseorang itu membuangkan sifat negatif itu dan cuba untuk menanam seberapa banyak benih-benih mahmudah supaya ianya subur menyerikan hidup kita.Kurang DoaNaluri manusia akan selalu berdoa sekiranya seseorang itu ditimpa kesempitan hidup. Perbanyakkan doa kepada Allah agar Dia dapat melahirkan persefahaman dan kasih sayang . Contoh doa yang boleh diamalkan utk menimbulkan perasaan kasih saying adalah :doa pengasihاللَّهُمَّ حَبّـِبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنـِينَ وَحَبّـِبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِـنِينMaksudnya : “Ya Allah jadikanlah hambaMu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang-orang yang beriman”[2]Teknik BeramalDalam hadith sahih riwayat Muslim Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi s.a.w agar berdoa kepada Allah s.w.t agar dia dicintai oleh sekalian orang-orang beriman.Nabi s.a.w telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas.Hasil doa Nabi s.a.w , setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.[3]Tiada RestuIbu bapa juga berhak ataupun berperanan dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Sebagai anak, wajarlah bersikap terbuka dan berkerjasama bersama keduanya supaya tidak mendatangkan murka Allah. Di dalam institusi kekeluargaan perlu wujudkan sifat toleransi yang tinggi dan kefahaman yang utuh. Restu ibu bapa juga mempengaruhi impian dan niat kita. Justeru, jagalah hati ibu bapa dan taatilah mereka.Sihir Atau Buatan OrangSifat hasad dengki yang sinonim dengan orang Melayu kadang-kadang mendatangkan kemudaratan kepada kita. Manusia sanggup sihir menyihir demi untuk mencapai hasrat mereka. Walaupun ianya satu larangan Allah, namun masih juga terdapat segelintir manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Sebagai manusia yang dhaif, mohonlah kepada Allah untuk mendinding dan memelihara diri kita dari sihir manusia dan seumpama dengannya.Konklusinya, seseorang itu perlu mengubah dirinya kepada yang lebih positif dan lebih mulia supaya Allah juga akan turut sama mengubah diri kita agar mengikut hidayahNya yang lurus. Allah akan mengurniakan kita rasa kasih , sayang atau yang disebut sebagai mawaddah ( zaman muda ) dan rahmah ( zaman dah tua ) sepanjang hidup berumahtangga kita . Hal inilah yang disebut olehNya dalam surah al-Rum ayat ke 21, insyaallah ada umur akan kita berbincang tentangnya pada masa akan datang.[1] Dipetik dan disesuaikan dari Buku Petua Membuat Orang Jatuh Cinta karangan Dr Mohd Fadzilah Kamsah, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.[2] HR Muslim no 2491, Bab Fadha`il al-Sahabat.[3] Lihat Kitab Mukhtasar Silah al-Mukmin, Bab Fi Talab al-Du’a,

Thursday, July 10, 2008

Renungan Buat Suami

Menurut sebuah fatwa dalam sebuah kitab Mawsu’at fatawa Mu’asirah, seorang lelaki menanyakan kedudukannya sbagai pendakwah yang akhirnya terpaksa meninggalkan peranan suami dan ayah , apakah pandangan Islam terhadap seorang yg demikian , mudah2an para pendengar dapat mengambil pengajaran dari kes ini .Saya sangat meminati cara al-syikh al-Marhum Ibn Uthaimin da;lam jawapannya.Beserta ini saya turut kemukakan jawapan Syikh Ibn Uthaimin dgn sedikit campuran idea Dato fadzilah Kamsah juga sedikit idea saya:Umat Islam adalah Ummatul Iqtisad dan al-Tawassut, iaitu umat yang bersifat pertengahan.Justeru setiap individu hendaklah berusaha menjadikan dirinya sederhana dalam segala usahanya.Sebenarnya terdapat 3 jenis manusia iaitu
Pertama sibuk bekerja di tempat lain hingga meninggalkan keluarga, sdgkan yg lainnya asyik dgn keluarga tidak mahu berpisah langsung dgnnya.Sebenarnya tawassut ialah menjaga keluarga dn sebaiknya tanpa melupakan tanggunjwab kemasyakaratan yg juga merupakan amanah yg terrpikul atas bahunya.Terdapat beberapa hadith yang diriwayatkan dari Nabi yang memberi amaran terhadap manusia yang gagal menjalani tanggunjawabnya itu.sebagai contohnya, Nabi saw bersabda dlm hadith rwyt al-Bukhari ( 6731) dan Muslim ( 142 ) :Maksudnya : Sesiapa di kalngan umat Islam yang diamanahkan untuk menjaga orang2 di bawah tanggungjawabnya tetapi dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu maka dia tak akan menghidu bau syurga !Demikian lagi sabda Nabi saw dlm hadith rwyt al-Bukhari ( 4892 ) dan Muslim ( 1829 ) yang bermaksud : “ setiap kamu adalah dipertanggungjawabkan dan akan dipersoalkan terhadap segala amanah yg diberikan ke atasnya.Dlm sesetengah ibadah nabi saw mengajar umat Islam agar jgn melampau2 ditakuti akan meybbkan tergadainya hak2 orang2 lain. Dalam peritiwa hijrah Nabi telah mempersaudarakan antara Muhajirin dan ansar.Antara sahabat yg dipersaudarakan ialah Salman dan Abi Darda`.Salman mendapati Abi Darda` terlalu sibuk dengan urusan puasa dan solat nafilnya pada waktu malam ke peringkat Ummu Darda isterinya mengadu kepada Salman Ibnul Islam.Salman telah membetulkan sikap Abu darda ra dengan katanya : “ Sesungguhnya Tuhanmu memiliki hak ke atasmu dan dirimu sendiri memiliki hak untuk kau penuhi dan keluargamu ( isteri & anak2) turut memiliki hak untuk kau penuhi.Maka penuhilah semua hak itu dengan sebaiknya.Keesokan harinya Abu Darda menanyakan pada Nabi kata2 Salman, lalu Nabi mengiyakannya.Dalam hadith yg lain rwyt al-Bukhari ( 1874) dan Muslim ( 1159) , Nabi saw berpesan kepada Abdullah bin Amru bin al-As : Aku mendengarmu berpuasa di siang hari dan berqiyamullail spjg malam.Janganlah kamu berterusan begini kerana bagi jasadmu ada haknya, matamu mempunyai haknya, dan isterimu juga memiliki haknya, dan bagi tetamumu ada hak mereka cukuplah bagimu berpuasa 3 hari dalam setiap sebulan dan itulah dia puasa setahun.Abdullah telah meminta sesuatu yg lebih lalu RasululLah telah menetapakn suatu hukum yg berat ke atasnya , iaitu Nabi menyuruhnya mencontohi puasa Nabi Daud as dan janganlah melebihinya.Puasa Nabi Daud adalah puasa sehari dan berbuka sehari dan ini dipanggil puasa setengah tahun.Akhirnya bila Abdullah sudah tua beliau menyesali perbuatannya dgn berkata : kan baik jika aku mengambil rukhsah yg Nabi tetapkan !Berdasarkan hadith2 di atas, jelas pd setiap individu muslim supaya melakukan pembahagian masa yg adil utk semua : kerja2 dakwah, keluarga,isteri , anak2, jiran tetangga dsb.Jika anda seorang pendakwah, peruntukkanlah sebahagian dari masa anda untuk Islam ( Allah & RasulNya).Tapi jangan terlupa bahawa anak anda juga memerlukan perhatian.Bawalah mereka ke tempat2 yg dibenarkan syarak seperti keda buku MPH, asjid, program ilmu dan riyadhah supaya sdr/i tidak terlepas waktu2 keemasan mendidik mereka.Jika dapat melakukan spt ini insyaallah Allah akan jaga anak2 kita dan isteri kita.Juga ambil peluang untuk berkata yg baik pd isteri dan banyaklah menasihatinya supaya bersabar kerana saudar terlibat dalam bidang dakwah bukannya berpoya2.Raikan mereka pd hari2 jadinya dan anniversary nya.Nyatakan sdr sangat menyayanginya dan menghargai pengorbanannya.Juga seseorg suami hendaklah menggalakkan isteri supaya terlibat dlm program2 muslimat spt usrah, kuliah dsb asalkan bukan program2 lagha yang diharamkan spt percampuran lelaki dan wanita.Para isteri yg budiman, sedikit peringatan buat para isteri !Sabarlah atas kekuragn suami, ialah Allah jadikan kita utk lengkap melengkapi antara satu dgn yg lain.Suami puan2 w/p selalu tiada di rumah, kita tahu dia berada di medan dakwah, sebaik2 tugasan sebesar2 tangjwb yg dijlnkn. Dia bukannya melakukan kerja2 maksiat atau sia2.Puan jangan melihat keaiban suami sahaja dlm sesuatu aspek sdgkan umr perkahwinan kadangkala dah menjagkau belasan tahun.Jangan mudah terpengaruh dgn lelaki ajnabiy yg menjanjikan sikap ambil berat pd puan dan lebih romantik!Lelaki ini cukup pandai memikat sebelum kahwin , lepas kahwin barulah terdedah dgn berbagai keaiabannya.Sebaliknya suami puan, meskipun dia sibuk namun sudah puan kenali hati budinya, banyak! Cuma kekurangannya ialah dia kurang bergurau sbb banyak berfikir ,itu sahaja kekurangannya ! yang ini yg puan2 anggap pandai bergurau sebenarnya lelaki hidung belang pandai berlakon ! itu sahaja kehebatnnya, lain semuanya tiada kebaikan, silap2 haribulan yg sifat yg ditonjolkan dulu pun hanya pura2, masa tu barulah nak sedar kebaikan suami dulu , tapi apakan daya !Maaf , kata2 ni mungkin over ! Eloklah para tetamu mendapatkan CD Dato Mohammad Fadzilah Kamsah terbitan Telaga Biru sdn Bhd ttg petua mengekalkan kasih sayang selepas berumah tangga, ada banyak petua

Tuesday, June 17, 2008

memoir balik kg

Memoir balik kampung Catatan ini adalah mengimbau kembali perjalanan ke kg.halaman pada 30.5 yang lalu, memandangkan kekangan masa dan urusan lain yang perlu dibereskan jadi catatan ini adalah perkongsian pengalaman penulis semasa balik.Perjalanan kali ini adalah berbeza dari sebelumnya kerana penulis balik secara rombongan bersama abang ipar yang datang ke kl untuk urusan bisnis. So kami bertolak jam 10pg pada minggu cuti pertengahan haritu. Perjalanan ini tidak memenatkan kerana acap kali kami berhenti iaitu lebih kurang 3kali untuk berehat dan mengambil stamina. Suasana jalan tidak banyak berubah berbanding sebelumnya cuma ada beberapa jalan yang sedang dibaiki. Terdapat beberapa kemalangan berlaku yang penulis ingat ialah sebuah bas ekspres kekb terjunam kedalam parit di merapoh.Semasa berhenti di Bandr G restoran makannya tidak berapa ramai pengunjung mungkin keadaan kedai yang kurang menarik dan kebersihan kurang memuaskan keadaan perparitan juga agak sedih kerana longkang tersumbat dan menjadi tempat pembiakan lalat dll. Lalu penulis tidak mengambil masa yang panjang untuk meneruskan perjalanan ke p.mas.Perjalanan kami selamat sampai jam 7.30mlm sabtu. penulis mengagahi juga untuk solat maghrib dan isyak di surau yg berhampiran&makan dimajlis tahlil jiran sebelah rumah.Balik kg.kali ini juga penulis sempat melawat saudara mara yg telah berusia emas dan menunggu masa untuk mengadap ilahi. yg terbaru nenek mertua yg berusia 82 tahun, semasa balik baruni penulis &isteri sempat berjumpa dengannya. Namun,pada sabtu pagi baru2ni dia pergi mengadap ilahi..to be continue