Tuesday, June 17, 2008

memoir balik kg

Memoir balik kampung Catatan ini adalah mengimbau kembali perjalanan ke kg.halaman pada 30.5 yang lalu, memandangkan kekangan masa dan urusan lain yang perlu dibereskan jadi catatan ini adalah perkongsian pengalaman penulis semasa balik.Perjalanan kali ini adalah berbeza dari sebelumnya kerana penulis balik secara rombongan bersama abang ipar yang datang ke kl untuk urusan bisnis. So kami bertolak jam 10pg pada minggu cuti pertengahan haritu. Perjalanan ini tidak memenatkan kerana acap kali kami berhenti iaitu lebih kurang 3kali untuk berehat dan mengambil stamina. Suasana jalan tidak banyak berubah berbanding sebelumnya cuma ada beberapa jalan yang sedang dibaiki. Terdapat beberapa kemalangan berlaku yang penulis ingat ialah sebuah bas ekspres kekb terjunam kedalam parit di merapoh.Semasa berhenti di Bandr G restoran makannya tidak berapa ramai pengunjung mungkin keadaan kedai yang kurang menarik dan kebersihan kurang memuaskan keadaan perparitan juga agak sedih kerana longkang tersumbat dan menjadi tempat pembiakan lalat dll. Lalu penulis tidak mengambil masa yang panjang untuk meneruskan perjalanan ke p.mas.Perjalanan kami selamat sampai jam 7.30mlm sabtu. penulis mengagahi juga untuk solat maghrib dan isyak di surau yg berhampiran&makan dimajlis tahlil jiran sebelah rumah.Balik kg.kali ini juga penulis sempat melawat saudara mara yg telah berusia emas dan menunggu masa untuk mengadap ilahi. yg terbaru nenek mertua yg berusia 82 tahun, semasa balik baruni penulis &isteri sempat berjumpa dengannya. Namun,pada sabtu pagi baru2ni dia pergi mengadap ilahi..to be continue

No comments: