Thursday, July 10, 2008

Renungan Buat Suami

Menurut sebuah fatwa dalam sebuah kitab Mawsu’at fatawa Mu’asirah, seorang lelaki menanyakan kedudukannya sbagai pendakwah yang akhirnya terpaksa meninggalkan peranan suami dan ayah , apakah pandangan Islam terhadap seorang yg demikian , mudah2an para pendengar dapat mengambil pengajaran dari kes ini .Saya sangat meminati cara al-syikh al-Marhum Ibn Uthaimin da;lam jawapannya.Beserta ini saya turut kemukakan jawapan Syikh Ibn Uthaimin dgn sedikit campuran idea Dato fadzilah Kamsah juga sedikit idea saya:Umat Islam adalah Ummatul Iqtisad dan al-Tawassut, iaitu umat yang bersifat pertengahan.Justeru setiap individu hendaklah berusaha menjadikan dirinya sederhana dalam segala usahanya.Sebenarnya terdapat 3 jenis manusia iaitu
Pertama sibuk bekerja di tempat lain hingga meninggalkan keluarga, sdgkan yg lainnya asyik dgn keluarga tidak mahu berpisah langsung dgnnya.Sebenarnya tawassut ialah menjaga keluarga dn sebaiknya tanpa melupakan tanggunjwab kemasyakaratan yg juga merupakan amanah yg terrpikul atas bahunya.Terdapat beberapa hadith yang diriwayatkan dari Nabi yang memberi amaran terhadap manusia yang gagal menjalani tanggunjawabnya itu.sebagai contohnya, Nabi saw bersabda dlm hadith rwyt al-Bukhari ( 6731) dan Muslim ( 142 ) :Maksudnya : Sesiapa di kalngan umat Islam yang diamanahkan untuk menjaga orang2 di bawah tanggungjawabnya tetapi dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu maka dia tak akan menghidu bau syurga !Demikian lagi sabda Nabi saw dlm hadith rwyt al-Bukhari ( 4892 ) dan Muslim ( 1829 ) yang bermaksud : “ setiap kamu adalah dipertanggungjawabkan dan akan dipersoalkan terhadap segala amanah yg diberikan ke atasnya.Dlm sesetengah ibadah nabi saw mengajar umat Islam agar jgn melampau2 ditakuti akan meybbkan tergadainya hak2 orang2 lain. Dalam peritiwa hijrah Nabi telah mempersaudarakan antara Muhajirin dan ansar.Antara sahabat yg dipersaudarakan ialah Salman dan Abi Darda`.Salman mendapati Abi Darda` terlalu sibuk dengan urusan puasa dan solat nafilnya pada waktu malam ke peringkat Ummu Darda isterinya mengadu kepada Salman Ibnul Islam.Salman telah membetulkan sikap Abu darda ra dengan katanya : “ Sesungguhnya Tuhanmu memiliki hak ke atasmu dan dirimu sendiri memiliki hak untuk kau penuhi dan keluargamu ( isteri & anak2) turut memiliki hak untuk kau penuhi.Maka penuhilah semua hak itu dengan sebaiknya.Keesokan harinya Abu Darda menanyakan pada Nabi kata2 Salman, lalu Nabi mengiyakannya.Dalam hadith yg lain rwyt al-Bukhari ( 1874) dan Muslim ( 1159) , Nabi saw berpesan kepada Abdullah bin Amru bin al-As : Aku mendengarmu berpuasa di siang hari dan berqiyamullail spjg malam.Janganlah kamu berterusan begini kerana bagi jasadmu ada haknya, matamu mempunyai haknya, dan isterimu juga memiliki haknya, dan bagi tetamumu ada hak mereka cukuplah bagimu berpuasa 3 hari dalam setiap sebulan dan itulah dia puasa setahun.Abdullah telah meminta sesuatu yg lebih lalu RasululLah telah menetapakn suatu hukum yg berat ke atasnya , iaitu Nabi menyuruhnya mencontohi puasa Nabi Daud as dan janganlah melebihinya.Puasa Nabi Daud adalah puasa sehari dan berbuka sehari dan ini dipanggil puasa setengah tahun.Akhirnya bila Abdullah sudah tua beliau menyesali perbuatannya dgn berkata : kan baik jika aku mengambil rukhsah yg Nabi tetapkan !Berdasarkan hadith2 di atas, jelas pd setiap individu muslim supaya melakukan pembahagian masa yg adil utk semua : kerja2 dakwah, keluarga,isteri , anak2, jiran tetangga dsb.Jika anda seorang pendakwah, peruntukkanlah sebahagian dari masa anda untuk Islam ( Allah & RasulNya).Tapi jangan terlupa bahawa anak anda juga memerlukan perhatian.Bawalah mereka ke tempat2 yg dibenarkan syarak seperti keda buku MPH, asjid, program ilmu dan riyadhah supaya sdr/i tidak terlepas waktu2 keemasan mendidik mereka.Jika dapat melakukan spt ini insyaallah Allah akan jaga anak2 kita dan isteri kita.Juga ambil peluang untuk berkata yg baik pd isteri dan banyaklah menasihatinya supaya bersabar kerana saudar terlibat dalam bidang dakwah bukannya berpoya2.Raikan mereka pd hari2 jadinya dan anniversary nya.Nyatakan sdr sangat menyayanginya dan menghargai pengorbanannya.Juga seseorg suami hendaklah menggalakkan isteri supaya terlibat dlm program2 muslimat spt usrah, kuliah dsb asalkan bukan program2 lagha yang diharamkan spt percampuran lelaki dan wanita.Para isteri yg budiman, sedikit peringatan buat para isteri !Sabarlah atas kekuragn suami, ialah Allah jadikan kita utk lengkap melengkapi antara satu dgn yg lain.Suami puan2 w/p selalu tiada di rumah, kita tahu dia berada di medan dakwah, sebaik2 tugasan sebesar2 tangjwb yg dijlnkn. Dia bukannya melakukan kerja2 maksiat atau sia2.Puan jangan melihat keaiban suami sahaja dlm sesuatu aspek sdgkan umr perkahwinan kadangkala dah menjagkau belasan tahun.Jangan mudah terpengaruh dgn lelaki ajnabiy yg menjanjikan sikap ambil berat pd puan dan lebih romantik!Lelaki ini cukup pandai memikat sebelum kahwin , lepas kahwin barulah terdedah dgn berbagai keaiabannya.Sebaliknya suami puan, meskipun dia sibuk namun sudah puan kenali hati budinya, banyak! Cuma kekurangannya ialah dia kurang bergurau sbb banyak berfikir ,itu sahaja kekurangannya ! yang ini yg puan2 anggap pandai bergurau sebenarnya lelaki hidung belang pandai berlakon ! itu sahaja kehebatnnya, lain semuanya tiada kebaikan, silap2 haribulan yg sifat yg ditonjolkan dulu pun hanya pura2, masa tu barulah nak sedar kebaikan suami dulu , tapi apakan daya !Maaf , kata2 ni mungkin over ! Eloklah para tetamu mendapatkan CD Dato Mohammad Fadzilah Kamsah terbitan Telaga Biru sdn Bhd ttg petua mengekalkan kasih sayang selepas berumah tangga, ada banyak petua

Tuesday, June 17, 2008

memoir balik kg

Memoir balik kampung Catatan ini adalah mengimbau kembali perjalanan ke kg.halaman pada 30.5 yang lalu, memandangkan kekangan masa dan urusan lain yang perlu dibereskan jadi catatan ini adalah perkongsian pengalaman penulis semasa balik.Perjalanan kali ini adalah berbeza dari sebelumnya kerana penulis balik secara rombongan bersama abang ipar yang datang ke kl untuk urusan bisnis. So kami bertolak jam 10pg pada minggu cuti pertengahan haritu. Perjalanan ini tidak memenatkan kerana acap kali kami berhenti iaitu lebih kurang 3kali untuk berehat dan mengambil stamina. Suasana jalan tidak banyak berubah berbanding sebelumnya cuma ada beberapa jalan yang sedang dibaiki. Terdapat beberapa kemalangan berlaku yang penulis ingat ialah sebuah bas ekspres kekb terjunam kedalam parit di merapoh.Semasa berhenti di Bandr G restoran makannya tidak berapa ramai pengunjung mungkin keadaan kedai yang kurang menarik dan kebersihan kurang memuaskan keadaan perparitan juga agak sedih kerana longkang tersumbat dan menjadi tempat pembiakan lalat dll. Lalu penulis tidak mengambil masa yang panjang untuk meneruskan perjalanan ke p.mas.Perjalanan kami selamat sampai jam 7.30mlm sabtu. penulis mengagahi juga untuk solat maghrib dan isyak di surau yg berhampiran&makan dimajlis tahlil jiran sebelah rumah.Balik kg.kali ini juga penulis sempat melawat saudara mara yg telah berusia emas dan menunggu masa untuk mengadap ilahi. yg terbaru nenek mertua yg berusia 82 tahun, semasa balik baruni penulis &isteri sempat berjumpa dengannya. Namun,pada sabtu pagi baru2ni dia pergi mengadap ilahi..to be continue